V
Princessa Mia's Land
Bounjouer

Assalammualaikum . Welcome to My-Onl-Diary . Keep following me & I'll give you more & more love . KamsaHamiDa . Love me now, love me then, love me forever, until the end.



Entries About Links Stuff


Tagboard





Al-Fatihah sayang :')


Assalammualaikum :')

Tak sangka itu mecej terakhir dari awak . Awak selalu gerak saya bangun sahur kan . Maafkan saya , saya tak reply text awak pagi tadi . Kenapa bodoh sangat saya ni !! Mia tak sangka mia doakan agar Allah swt panjangkan umur awak sedangkan masa tu awak da pergi tinggalkan mia . Hati mia dah mula rasa something sejak pagi tadi . Mia badmood whole day , and mia tk beli apapun masa kat bazar tadi . Sedangkan selalunya mia yg paling excited shopping makanan kat bazar . Thanks to Kak Shima sebab temankan mia petang tadi . Dia tahu semuanya pasal mia & rafi . Mungkin sebab tu dia bawa mia jalan-jalan tadi kan ? Kak ingat lagi kan apa yang mia cakap tadi ? If berita buruk yang mia dapat mungkin mia akan kehilangan diri mia yang sekarang :')

Masa kat bazar , muka mia dah pucat . So , mia terus balik bilik . Hati mia tergerak nak on facebook padahal masa tu mia memang tak larat sangat-sangat . Benda pertama yang mia buat setiap kali on facebook ---> stalk profile Rafi Aldrian . 

Bila mia terbaca post tuh , mia tak dapat kawal perasaan mia and mia terus menangis macam org gila . Roommate mia keep asking why & why . Tapi masa tu mia memang tak mampu nak bagitahu apa-apa , mia terus menangis dan menangis . Then , mia pass-kan lappy mia kat diaorang . Seriously , semua muka shocked . Sape tak kenal Mia-Rafi dalam unit nih . Satu unit tahu pasal mia and rafi . Sebab 24/7 mia bagitahu diaorang pasal mia and Rafi Aldrian :') Kak Shima . Kak Tirah , Kak Arfah and Kak Hajar never stop pujuk mia . Mungkin kak-kak yang lain taktahu pasal ni . Thats better . 

Waktu berbuka da masuk , semuanya sibuk menghidangkan juadah . But mia , baring atas katil sambil baca text and inbox dia sambil nangis . Just imagine , i cant control myself and what i can do is crying over like a crazy girl . Dalam tak sedar , sampai tertidur mia masa maghrib tadi . Mia terjaga pukul 9 pm something . Mia harap apa yang jadi cuma mimpi buruk . Tapi tak , apa yang jadi satu realiti and semuanya dah terlambat . Mia tak sempat minta maaf atas apa yg mia buat kat dia . Mia tahu mia punca sakit dia makin teruk & teruk . Mia yang ego , tknak mengalah bila gaduh dengan dia . Sayang , mia harap awak dah maafkan mia , maafkan mia atas segalanya okay . 

Mia cuba kuatkan hati mia untuk on second facebook . I got messages from aldrian's bestfriend .

 Alhamdulillah , mia masih dalam fikiran dia pada saat-saat akhir hidupnya . Seriously , mia engatkan dia merepek masa dia mntak mia ajar dia cakap jawa subuh tadi . Tapi tulah tanda-tanda dia nak *pergi* . Kenapalah mia tk luangkan masa pagi tadi utk text dia ? Kenapalah mia tak sempat jawab *salam* darinya  ? Mia selfish , mia engatkan semuanya akan selamat . Tapi mia lupa , hidup dan mati adalah urusan Allah yang Esa bukannya terletak di tangan kita . 

Cuma ada satu Rafi Aldrian dalam dunia ni . Kerna dia lain dari lelaki-lelaki yang mia kenal . Lelaki yang mudah cemburu bila kekasihnya rapat dengan lelaki lain . Seorang lelaki yang menggalakkan kekasihnya menutup aurat . Seorang lelaki yang sentiasa ade semasa kekasihnya memerlukan dia . Seorang lelaki panas baran yang sanggup buang egonya sematam-mata untuk menjaga perasaan kekasihnya . Seorang lelaki yang sempurna di mata mia . Satu-satunya lelaki yang terpahat di hati mia selamanya . 

Rafi Aldrian 

Awak dah tunaikan janji awak yang saya gadis terakhir dalam hidup awak dan saya nafas terakhir awak . Kini , masa untuk mia membuktikan cinta mia dekat awak . Semoga Allah mencucuri rahmat keatas awak . Saya sentiasa doakan kesejahteraan awak disana . Cinta kita kekal hingga ke akhir zaman . Jangan risau , aldriana adik mia . Mia akan jadi kakak yang baik untuk dia , sebagaimana awak menjadi satu-satunya abang yang terhebat buat dia ;'3  Assalammualaikum cinta .